Ceritanya
yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun
kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam
Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita
sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh
bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah
yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu.

Disini
saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan
kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam
mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari
saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak
kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali
dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan
Rasullah dan Siti Khadijah.
Di pendekkan cerita
saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa
orang pengikut yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas
arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazid bin Muawiyah (Yazid I) di suatu
kawasan padang pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung
selama beberapa hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan
makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan
kepada tenteranya supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain
dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana
katanya sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak
semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu
hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid
memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk
mempertahankan diri dan keluarganya.
Di saat itulah
berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang berani berdepan
dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan hukum bunuh
kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan dihadapan
Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum bunuh.
Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid kerana
sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya dan juga
kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi Muhammad
saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah bin Abi
Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal kepala saidina
Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, saidina hussain
sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang ketika itu jauh
berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina Hassan dapat
mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina hussain dalam
kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina hassan telah
membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana
mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu
salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. Mengikut
riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi
amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya
mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa
yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu
lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka
terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah
ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu
di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan
saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman
Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya
saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke
bumi.
Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala
di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh
tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan
menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah
terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua
tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu.
Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi
apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada
di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu.
Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi
karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh
dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat
untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan
pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua
yang tiada siapa dapat melihatnya. Hikmah dari kejadian itu mungkin
Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu
benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang
membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada
mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia
menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu
adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.
Kesimpulan
dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah
ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul
dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam
Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal
memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan
disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda saidina ali
yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal
sebagai mana sabda Rasulullah saw :
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:
“Akan
keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan
(Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu
mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan
dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam
sayuti
Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari
keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa
Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di
dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam
Sunannya,
“Telah berkata Ali sambil memandang
puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana
yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang
lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam
perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits
ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam
kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al
Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi
Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya
Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Abu
Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu
Daud), memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut bahawa
hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait
Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk
kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
Di dalam riwayat yang lain :
“Bahawa
Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah
di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar)
sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”
Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi
Sehingga
kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan
kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga
berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina
Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya
saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya. Yang
pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang
manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung
saidina Ali ra.
Marilah kita sama-sama berdoa agar
Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita
menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak
menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari)
adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab
siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan
akhirat.
Apakah kelak Imam Mahdi akan memimpin
kekhalifahan Islam? Ya. Sebelum itu ia akan memimpin beberapa peperangan
untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang meruntuhkan maalikan
jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next World Order. Bagaimana
dengan perang Akhir zaman? Ada empat perang besar. Pertama, perang
melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah
perang melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang
selanjutnya adalah melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat
adalah perang melawan Dajjal dan 70,000 tentera Yahudi.
(http://hikmah.web.id/02081-22-as-sufyani-dan-bala-tenteranya-menyerang-imam-mahdi)
0 komentar:
Posting Komentar